|

1. Senarai produk perisian yang dibangunkan oleh syarikat kami :
Selain daripada produk yang telah sedia ada dia atas, kami bersedia membangunkan sebarang bentuk perisian yang dikehendaki oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan ataupun swasta.

PPSM - Sistem Panel Pembangunan Sumber Manusia (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)
Sistem PPSM adalah sebuah perisian Web-Based yang berkebolehan menguruskan Pemilihan Calom Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi semua Jabatan - Jabatan Kerajaan di peringkat negeri. Selain dari menyimpan maklumat peribadi kakitangan, sistem ini juga dapat menjana laporan - laporan yang efektif bagi memudahkan proses pemilihan calon APC.

PEMIS - Personal Management Information System
PEMIS pula merupakan perisian Web-Based untuk menyimpan dan mengurus rekod peribadi pekerja-pekerja sesebuah jabatan atau syarikat. Dengan segala kemudahan yang terdapat pada perisian ini, segala perancangan untuk mengurus maklumat pekerja dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan.

SMGB (Sistem Maklumat Gaji Berkomputer)
SMGB merupakan satu sistem pengurusan perubahan gaji berkonsepkan Web-Based bagi Jabatan - Jabatan kerajaan bagi membolehkan perubahan gaji kakitangan dapat dilakukan secara sistematik dan profesional. Laporan Borang Perubahan Gaji boleh dicetak mengikut format JPA. Beberapa laporan bulanan lain juga dapat dihasilkan bagi membantu Pegawai Unit Gaji mentafsir maklumat.

SRI (Student Record Information System)
SRI memiliki persamaan dengan PROSMA, Cuma perbezaannya adalah SRI lebih ditumpukan kepada pusat-pusat pengajian yang lebih besar dan ianya adalah perisian yang mengikut kehendak klien kami (customize software). SRI dibangunkan hanya untuk digunakan pada satu-satu institusi. Berbeza dengan PROSMA yang boleh digunapakai oleh setiap institusi yang mahu menggunakannya.
- CORPORATE VIDEO
- CD PRESENTATION
|