Assalamualaikum...
Di kesempatan ini saya menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia Nyalah memberikan kekuatan kepada saya untuk memikul tanggungjawab yang amat berat dan mencabar ini. Bak kata pepatah, betapa berat mata memandang, berat lagilah bahu yang memikul. Begitulah kata-kata yang saya mampu luahkan selama menyandang tugas sebagai pengetua SKBB..
Saya mengucap syabas dan tahniah kepada ahli sedang redaksi majalah sekolah yang telah memberi wajah baru dan nama baru iaitu ' Anjung Sentosa'. Semoga kita warga SKBB memastikan yang terbaik dan akan terus mengukir kecer\merlangan dalam mewujudkan generasi baru yang 'Berakhlak, berilmu dan berwawasan'. Didada majalah inilah peluang terbuka buat anda pelajar mengembangkan potensi dan bakat kurniaan Ilahi. Jesturu itu, janganlah dipersiakan masa yang ada, ketajaman fikiran dan kekuatan yang Allah kurniakan
Semoga 'Anjung Sentosa' seindah namanya. Memenuhi impian dan harapan waraga Bukit Sentosa yang sentiasa dahagakan kecemerlangan dan kesempurnaan hidup masa hadapan. Walaupun begitu, janganlah kita alpa kerana pelbagai cabaran dan rintangan sentiasa berada dimana-mana, di hari-hari mendatang.
Saya juga menyeru agar, bersama-samalah kita berganding bahu untuk membentuk SKBB yang bukan saja berilmu, tetapi tinggi serta halus akal budinya.Marilah kita bersama-sama merealisasikan hasrat menjadikan wagra SKBB berakhlak, berilmu dan berwawasan, Insya Allah.
Akhir kata, saya berharap semua pihak akan menggunakan Laman Web kita ini dengan sebaik-baiknya agar kita semua dapat manfaat daripadanya. Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada yang sudi memberi pendapat serta pandangan. Mudah-mudahan, Tuhan akan memberkati usaha dan amalan murni kita.
Sekian. Wassalam
|