PROFIL

COWNDOWN UPSR
253 HARI

 

WAKTU SOLAT
Bukit Beruntung
subuh
5:46
syuruk
7:08
dhuha
7:29
zohor
1:08
asar
4:30
maghrib
7:04
isyak
8:18

Weather forecast for
Bukit Beruntung
last update
Sat Sep 11 02:40 PM
Mon 24°/31°
Wed 22°/30°
Fri 24°/27°

 

 
 
SEJARAH SEKOLAH

 

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung dibuka pada 1 Julai 1996 di kawasan seluas 3.6 hektar. Sekolah ini dibina oleh syarikat
pemaju hartanah, Europlus Corporation Berhad dan mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat yang dikenali Blok Anggun,
Perkasa dan Gemilang, satu blok kantin dan kawasan padang . Bangunannya juga dilengkapi dengan kemudahan fizikal
seperti pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, pusat sumber, bilik rawatan, surau, tandas, bilik pemulihan dan bilik kaunseling.
En. Abu Bakar Awang merupakan guru besar pertama SKBB. Hanya terdapat 80 orang murid dan 7 orang guru pada hari pembukaannya. Oleh kerana bilangan murid yang sedikit, kelas bercantum terpaksa diwujudkan. Tiga kelas yang dibuka iaitu
Tahun 1 - satu kelas, Tahun 2 dan Tahun 3 dicantum menjadi satu kelas manakala Tahun 4 dan Tahun 5 juga dicantum
menjadi satu kelas.

 

LENCANA

 

 

LAGU SEKOLAH


Berdisplin teras kejayaan
ilmu pegangan kehidupan
tinggi pekerti berwawasan
capai kecemerlangan  

Inilah azam yang digenggam
kamikan terus berjuang
budaya ilmu beriltizam
supaya tak terhalang

SKBB yang dicintai
budimu mekar di hati
cabaran sama diharungi
kenangan kekal abadi

Berdisiplin, berilmu,
Berwawasan jadikan pedoman
budaya rajin dan cemerlang
hidup makmur dan gemilang

Lagu/lirik : En. Abu Bakar Awang


MISI

 

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung sentiasa mewujudkan sistem pengurusan sekolah yang berkualiti untuk proses pengajaran dan pembelajaran dan menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum, ko-kurikulum, budi pekerti dan sahsiah seperti termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara.


VISI

 

Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung berusaha bagi melahirkan insan yang berilmu, berkemahiran, inovatif, kreatif dan berakhlak mulia serta sentiasa mengikut rapat perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat

 

PIAGAM SEKOLAH

 

•  Pentadbiran sekolah yang efisien, mampu dan menurut etika kerja Islam.

•  Melahirkan pelajar yang menguasai kemahiran asas 3M dan sifar masalah 3M.

•  Melahirkan pelajar yang mampu menyerlahkan bakat dalam diri masing-masing secara optima dalam bidang    ko-kurikulum.

•  Melahirkan insan yang sentiasa berbudaya positif di dalam dan luar sekolah.

•  Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, ceria dan menyeronokkan sejajar dengan slogan 'Sekolahku Syurgaku'

•  Mewujudkan iklim sekolah terbuka kepada ibu bapa serta masyarakat setempat bagi membantu sekolah.

 

PENGETUA SEKOLAH
GPK KURIKULUM

EN. ABD GHANI B. MD HASSAN



PN. FATIMAH BT. KASIMIN

GPK KURIKULUM
GPK HAL EHWAL MURID

PN. ZUBAIDAH BT ABD.MAJID.

EN. YUSOP BIN MANSOR

PENYELIA PETANG

EN. ABDUL LATIF B. SABRI

 

 

Rangkaian Semasa:
 
© Hakcipta Terpelihara 2006 - Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Beruntung & TeguhBistari System